Monday, June 1, 2009

..sedar tak sedar kita lakukannya..

"kelakarnya org tu ... tak padan langsung make up nya.."

"eww..tak padan nya pasangan tu.."

"eleh...dh la gemuk ada hati nk pkai baju mcm ni.."

mungkin ada antara kita yg bermulut ckp lepas..mengeluarkan kata2 seperti di atas.. tapi dalam separa sedar, apa yg diperkatakan kita itu sebenarnya menghina bukan sahaja individu tersebut tapi ciptaan Allah.

mungkin korg tak nk ngaku korg ada mengeluarkan pendapat yg memikirkan org itu lebih baik begini begitu..sesuai dgn ini dan itu..atau dia ok tp mcm tak kena je...

aku akui..aku merupakan salah seorg dr golongan yg sebegitu..cukup lantang mengeluarkan apa yg aku fikirkan sesuai atau betul..tanpa pernah mengira perasaan org lain..ahh..kejam sungguh aku..tapi kini aku insaf..aku tidak lagi dgn mudah mengeluarkan kata2 memberi komen kepada org tanpa di minta...

aku tau ...setiap makhluk itu unik ciptaannya..kini aku sedar..betapa berdosa nya dulu sewaktu aku mempersendakan org lain...dan berjenaka bersama kawan2 aku mengenai kelemahan individu tersebut di belakangnya...apa la nk jadi dgn aku ni...

terima kasih kepada individu yg bernama lei..yg berkongsi video hidayah ini.. aku harap.. iya akan membuat aku sentiasa berjaga2 dlm percakapan...