kisah dia pasal dua kanak2 perempuan berumur 2 dan 3 tahun lemas dlm kolam ikan belakang umah...nk tau lebih lanjut sila baca paper tu...budak perempuan 3 tahun tu merupakan makcik kepada budak perempuan 2 tahun..kes mak cik muda la ni..
yang aku geram tu..kalau korg baca paper ..bukan online paper tau! tajuk smbungan dia "jangan pergi jauh".. dimana mak dia dh pesan jgn pergi jauh...masalahnya yg di pesan tu hanya kanak2 berumur tak smpai 5 tahun. mereka baru 2 dan 3 tahun.. kenapa mak dia hanya pesan jer tapi tak jaga mereka btul2.
aku mmg sedih baca berita ni..takziah aku ucapkan kepada kuarga mangsa..tapi geram la dgn perangai mak dia yg bg aku agak cuai dan tak ambil berat dgn melepaskan kanak2 tu main tanpa pengawasan..tak patut betul...skg tgk apa dh jadi!!
dlm paper tu ada tunjuk pic kolam tmpat mangsa lemas...lagi aku geram tgk pic tu...keliling kolam tu tak da pagar!! mengikut berita, tu kolam ikan atuk mangsa.. yang si atuk tu pun nk bela ikan..wat la pagar keliling kolam..kan dh jadi kes lemas..
<= ini la pic kolam dia!!!
kat paper tu ada tunjuk pic mangsa...comel sgt2 budaknya..lagi la aku bertambah geram.. aku tau ramai akan ckp benda dh nk jadi..tapi bagi aku tu sume boleh dielakkan.. contohnya, ibu mangsa boleh jadi lebih peka dan alert dgn anak dia...pastu atuk dia memastikan keselamatan kat kolam tu..
aku tak tau pihak polis anggap ini kes apa...tapi lau bagi aku, aku akan klasifikasikan kes ini kecuaian dari ibu bapa terhadap anak2 mereka..sebagai ibu mesti dia sedih kehilangan ank dia.. tapi pttnya dia akan lebih peka dan takut nk biarkan ank sekecil 2 tahun dan 3 tahun itu dibiarkan bermain bersendirian..
ibu mangsa tu mmg muda berusia 22 tahun.. adakah kecuaian ibubapa berdasarkan faktor usia ibubapa itu sendiri.. seperti ibubapa muda ni masih tak bersedia nk pikul tanggungjawab menjadi ibubapa sehingga kan berlaku nya kes kecuaian seperti ini dan ada juga kes ank2 mereka hilang di tempat membeli belah...
nmpknya kerajaan bukan sahaja kena ada kan khursus kawin tapi kena adakan kursus ibubapa juga..sbbnya kes2 macam ni la...bila golangan remaja seawal usia 18-25 jadi ibubapa, mereka seperti masih kurang sikap bertanggungjawab..
pada golangan ibubapa disana..perhatikan ank anda yer..jangan hanya berpesan dan menharap ank anda itu akan paham pesanan anda dan ikut pesanan anda... sebagai seorang dewasa yang pernah melalui zaman kanak2..pttnya anda tahu..lagi dipesan pada mereka ..lagi la mereka nk buat..biasala naluri kanak2 yang sentiasa ingin tahu..jadi jgn la kita alpa takut menyesal tak sudah je nanti!!!!.. al-fatihah untuk kedua2 kanak2 tersebut.. semoga dicucuri rahmat keatas roh mu... aminnn..
ihsan pic dari kosmo..time kasih kosmo..