kisah dia pasal dua kanak2 perempuan berumur 2 dan 3 tahun lemas dlm kolam ikan belakang umah...nk tau lebih lanjut sila baca paper tu...budak perempuan 3 tahun tu merupakan makcik kepada budak perempuan 2 tahun..kes mak cik muda la ni..
yang aku geram tu..kalau korg baca paper ..bukan online paper tau! tajuk smbungan dia "jangan pergi jauh".. dimana mak dia dh pesan jgn pergi jauh...masalahnya yg di pesan tu hanya kanak2 berumur tak smpai 5 tahun. mereka baru 2 dan 3 tahun.. kenapa mak dia hanya pesan jer tapi tak jaga mereka btul2.
aku mmg sedih baca berita ni..takziah aku ucapkan kepada kuarga mangsa..tapi geram la dgn perangai mak dia yg bg aku agak cuai dan tak ambil berat dgn melepaskan kanak2 tu main tanpa pengawasan..tak patut betul...skg tgk apa dh jadi!!
dlm paper tu ada tunjuk pic kolam tmpat mangsa lemas...lagi aku geram tgk pic tu...keliling kolam tu tak da pagar!! mengikut berita, tu kolam ikan atuk mangsa.. yang si atuk tu pun nk bela ikan..wat la pagar keliling kolam..kan dh jadi kes lemas..
<= ini la pic kolam dia!!!
kat paper tu ada tunjuk pic mangsa...comel sgt2 budaknya..lagi la aku bertambah geram.. aku tau ramai akan ckp benda dh nk jadi..tapi bagi aku tu sume boleh dielakkan.. contohnya, ibu mangsa boleh jadi lebih peka dan alert dgn anak dia...pastu atuk dia memastikan keselamatan kat kolam tu..
mangsa kolam ikan keli!!
aku tak tau pihak polis anggap ini kes apa...tapi lau bagi aku, aku akan klasifikasikan kes ini kecuaian dari ibu bapa terhadap anak2 mereka..sebagai ibu mesti dia sedih kehilangan ank dia.. tapi pttnya dia akan lebih peka dan takut nk biarkan ank sekecil 2 tahun dan 3 tahun itu dibiarkan bermain bersendirian..
ibu mangsa tu mmg muda berusia 22 tahun.. adakah kecuaian ibubapa berdasarkan faktor usia ibubapa itu sendiri.. seperti ibubapa muda ni masih tak bersedia nk pikul tanggungjawab menjadi ibubapa sehingga kan berlaku nya kes kecuaian seperti ini dan ada juga kes ank2 mereka hilang di tempat membeli belah...
nmpknya kerajaan bukan sahaja kena ada kan khursus kawin tapi kena adakan kursus ibubapa juga..sbbnya kes2 macam ni la...bila golangan remaja seawal usia 18-25 jadi ibubapa, mereka seperti masih kurang sikap bertanggungjawab..
pada golangan ibubapa disana..perhatikan ank anda yer..jangan hanya berpesan dan menharap ank anda itu akan paham pesanan anda dan ikut pesanan anda... sebagai seorang dewasa yang pernah melalui zaman kanak2..pttnya anda tahu..lagi dipesan pada mereka ..lagi la mereka nk buat..biasala naluri kanak2 yang sentiasa ingin tahu..jadi jgn la kita alpa takut menyesal tak sudah je nanti!!!!.. al-fatihah untuk kedua2 kanak2 tersebut.. semoga dicucuri rahmat keatas roh mu... aminnn..
ihsan pic dari kosmo..time kasih kosmo..
9 comments:
saya sokong! *ketuk meja*
hmmm...mak2 skrg x aware ngn apa2 yg boleh berlaku kat anak2..ayah2 pon same..
Memang wajar kau marah sebab memang salah ibu bapa tidak menjaga anak sendiri.
iron man-
aku benggangggg.....
pemilik kolam perlu amik inisiatif ngan memagar kolam diorg..
penulis cyber-
btul tu..*hentak kaki*
hahahaha
kenapa la jadi mcm tuh
geram jugak la..
sume tu tak kan jdi kalo dah wat langkah2 pencegahan.
ni selalu mesti after benda dah jadi ,
br nak menggelabah .
geram !
muda tu mak..muda lagi dr aku
kesimpulan: aku xsuka tgk bdk kecik main ptg2 tp xde org dewasa jaga..anak ntah mana2 la merayau
Masa Allah mula-mula nak jadikan manusia (Adam), Allah perintahkan malaikat turun ke bumi untuk ambil tanah. Yang berjaya cuma malaikat Izrail. Jadi Allah perintahkan Izrail menjadi pencabut nyawa. Tapi Izrail takut. Takut dibenci manusia. Tapi firman Allah yang maksudnya lebih kurang macam ni, "Jangan takut sebab Aku akan adakan sebab seperti kemalangan, kebakaran, lemas, dll." Sebagai ibu, aku faham tak ada mana-mana ibu bapa yang nak sesuatu yang buruk terjadi pada anaknya. Pada saat aku melahirkan anak, aku dah bertekad, aku akan lindungi anak aku walaupun hilang nyawa dan maruah. Pernah tonton drama 24 musim pertama di mana isteri Jack sanggup menggantikan tempat anaknya sebagai pemuas nafsu orang yang menculik mereka? Itulah yang seorang ibu sanggup buat. Nak tau betul ke tak? Nikah dan lahirkan anak.
Post a Comment